fbpx

4,008 kes baharu, 11 kematian dilapor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes baharu melonjak kembali kepada angka melebihi 4,000 dengan 4,008 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 169,379 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, lima kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 4,003 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 41,087 kes.

“Sebanyak 11 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 terkini di Malaysia sebanyak 630 kes.

“Terdapat 2,374 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 127,662 kes,” katanya menerusi maklumat dikongsikan pada Facebook beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 246 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 96 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI