fbpx

Ranking Harimau Malaya dijangka terus meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKAN menegaskan bahawa kita tidak boleh hidup dalam bayangan sejarah silam.

PENGANALISIS sukan Malaysia, Dr. Pekan Ramli menjelaskan, ranking dunia buat skuad Harimau Malaya dijangka tidak jatuh sebaliknya meningkat dan berada pada momentum yang baik ketika ini.

Pekan yang juga Ketua Seksyen Sukan, Kementerian Pe­ngajian Tinggi berpendapat, ranking pasukan bola sepak kebangsaan telah menunjukkan banyak peningkatan dalam tempoh tiga tahun bermula tahun 2018 hingga 2021.

“Ranking skuad kebangsaan sememangnya menurun sejak 1993 tetapi meningkat mendadak dari kedudukan 178 kepada 153 dalam tempoh dua ke tiga tahun dari 2018 hingga 2021.

“Tidak tepat untuk mengatakan ranking skuad kebangsaan menurun. Lebih-lebih lagi berdasarkan sistem kiraan mata terbaharu, sukar untuk kita melonjak naik terus ke angka 100, itu agak mustahil,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Baru-baru ini, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman meluahkan rasa terkejut menerusi akaun laman Facebook milik­nya dengan kedudukan Harimau Malaya berada pdi ran­king ke-153 dunia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Bagaimanapun, Pekan berharap agar semua pihak terus positif dan bekerjasama dalam memastikan peningkatan ran­king skuad kebangsaan, selain mengharungi situasi mencabar pandemik Covid-19 ketika ini.

“Buat masa ini, skuad kebangsaan tiada perlawanan disebabkan situasi tidak menentu tetapi jika dilihat dalam tempoh 2018 hingga 2021, ran­king Harimau Malaya naik 14 kedudukan terutama berdasarkan perlawanan pra Kelayakan Piala Dunia.

“Kita tidak boleh hidup dalam bayangan sejarah silam. Kita perlu lihat apa yang ada sekarang dan bekerjasama meningkatkan momentum Harimau Malaya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI