fbpx

Brivio dipilih kemudi Alpine F1 Team

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRIVIO meninggalkan Suzuki selepas mendapat tawaran daripada Alpine F1 Team untuk menjadi pengarah perlumbaan pasukan itu musim baharu nanti. – AFP

LONDON – Renault yang menjenamakan semula pasukan Formula Satu (F1) mereka menjadi Alpine F1 Team bermula musim ini mengumumkan bekas ketua pasukan MotoGP Suzuki, Davide Brivio sebagai pengarah perlumbaan mereka.

Suzuki baru-baru ini mengumumkan bahawa Brivio tidak akan bersama mereka musim ini dan telah meninggalkan pasukan dari Jepun itu dengan kejayaan meraih gelaran dunia pertama dalam saingan MotoGP.

Kehadiran Brivio sangat diharapkan agar dapat membantu pasukan Alpine F1 Team membina pasukan terbaik, sekali gus memberi tentangan hebat menjelang perlumbaan 2021 nanti.

“Alpine mengesahkan bahawa Davide Brivio secara rasmi bersama pasukan ini menjelang perlumbaan F1 2021.

“Peranan Brivio dan tugas yang akan dilakukannya bersama pasukan Alpine akan diumumkan tidak lama lagi. Brivio akan berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Alpine, Lauren Rossi untuk memahami tugas sebenarnya.

“Brivio menyertai Alpine F1 Team dengan pengalaman dan kejayaan yang luas selama tempoh 20 tahun dalam Kejuaraan Dunia MotoGP. Baru-baru ini beliau membantu Joan Mir dan Suzuki memenangi kejuaraan dunia.

“Kami harap dapat melakukan terbaik bersama Brivio menerusi perjalanan dalam saingan F1 pada musim 2021 ini,” kata Alpine dalam satu kenyataan semalam.

Alpine membawa juara dunia dua kali, Fernando Alonso yang akan bergandingan bersama Esteban Ocon selepas Daniel Ricciardo menyertai McLaren.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI