fbpx

AmBank meterai MoU dengan MIDA untuk pertingkatkan automasi PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – AmBank dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat tahap sederhana tempatan dalam automasi dan pendigitalan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank Group, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, menerusi kerjasama tersebut, AmBank akan menjalankan beberapa siri latihan simulasi dan sesi kelas bagi membantu syarikat mengenal pasti cabaran perniagaan, keutamaan automasi serta penyelesaian digital dan syarikat terlibat berpeluang menerima Geran Automasi Pintar (SAG) daripada MIDA.

Jelasnya, SAG merupakan sebahagian daripada peruntukan RM100 juta yang diluluskan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi.

“Geran padanan itu diberikan kepada PKS dan syarikat pada kadar 50 peratus daripada ke­seluruhan nilai perbelanjaan yang layak, sehingga had pemberian maksimum RM1 juta bagi setiap perusahaan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud berkata, SAG bukan hanya akan meningkatkan daya saing serta kebolehan industri tempatan, malah ia dapat me­ngurangkan kebergantungan kepada pekerja asing kurang mahir dan mencipta peluang pekerjaan baharu dalam sektor dengan nilai tambah yang tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI