fbpx

Shuib tinggalkan Hot FM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuib bersama Shuk dan Fizie dalam Geng Pagi Hot.

PETALING JAYA – Selepas dua tahun mengendalikan segmen Geng Pagi Hot, penyampai radio Hot FM, Shuib Sepahtu akhirnya bakal meninggalkan stesen berkenaan.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 37, mengumumkan perkara tersebut ketika bersiaran bersama Geng Pagi Hot hari ini.

Bagaimanapun, suami kepada penyanyi Siti Sarah itu akan membuat kemunculan kali terakhir di konti Hot FM bersama rakan penyampainya iaitu Shuk dan Fizie menerusi program Geng Pagi Hot Jumaat ini.

“Kurang beberapa hari lagi sebab kontrak saya tamat 31 Januari 2021. Nak bagi tahu hari ini, dengan secara rasminya yang saya tidak akan ada lagi bersama Geng Pagi Hot,” katanya ketika ke udara pagi tadi.

Difahamkan, keputusan Shuib untuk tidak menyambung kontrak dan meninggalkan Hot FM kerana ingin memberi fokus sepenuhnya terhadap perniagaan yang dijalankan.

Shuib mengendalikan segman Geng Pagi Hot bersama Shuk dan Fizie bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi, setiap isnin hingga Jumaat.

Selain bergiat aktif dalam bidang seni, Shuib merupakan seorang usahawan yang menjalankan beberapa perniagaan termasuk produk minuman air boba berasaskan madu lebah, BubbleBee. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI