fbpx

Messi penghalang Dembele menyinar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEMBELE masih belum benar-benar memberikan aksi terbaik sepanjang berada di Barcelona selain beberapa siri kecederaan yang dialami. – AFP

BARCELONA – Bekas bintang Barcelona, Rivaldo percaya penghijrahan Lionel Messi mampu memberikan manfaat besar buat Ousmane Dembele yang belum benar-benar berada pada tahap terbaik ketika ini.

Bekas pemain Borussia Dortmund yang berhijrah ke Camp Nou dengan bayaran yang cukup tinggi itu masih belum menunjukkan kebolehannya yang sebenar setakat ini apabila hanya membuat 91 penampilan untuk tempoh tiga tahun setengah bersama Barcelona.

Rivaldo percaya Dembele mampu menggalas tugas dan menonjolkan prestasinya yang sebenar jika Messi membuat keputusan untuk meninggalkan kelab itu.

“Saya sudah memberikan pendapat sebelum ini bahawa Dembele adalah seorang pemain yang hebat. Dia hanya perlu menghindarkan diri daripada beberapa perkara yang mengganggunya dan memberikan fokus kepada bola sepak serta Barcelona.

“Dia bermain dengan baik ketika menentang Real Sociedad dan pemergian Messi akan menjadikannya lebih bertanggungjawab dan bintang baharu untuk kelab ini.

“Dembele adalah bakat yang hebat untuk bola sepak. Dia mampu menggunakan kedua-dua belah kaki, memiliki personaliti cuma perlu fokus untuk membuatkan orang kagum terhadapnya,” jelasnya.

Jelasnya, Barcelona tidak akan terkesan secara langsung sekiranya Messi meninggalkan pasukan itu dan percaya kelab itu akan mampu untuk terus mengekalkan status sebagai antara kelab terbaik dunia. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI