fbpx

Lebih banyak premis dibenar beroperasi semasa PKP 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Kerajaan telah membuat keputusan untuk membenarkan lebih banyak premis perniagaan beroperasi sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang kini dikuatkuasakan di tujuh buah negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jamil berkata, langkah itu diambil bagi merancakkan ekonomi dan membolehkan peniaga meneruskan perniagaan di waktu sukar.

Jelasnya, langkah ini juga dapat membantu pengguna mendapatkan barangan dan perkhidmatan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

“Ekoran pelaksanaan PKP kali ini, terdapat kekeliruan terhadap jenis perniagaan yang dibenar dan yang tidak dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Antara premis yang dibenar beroperasi adalah yang melibatkan penjualan barangan atau penyediaan perkhidmatan yang dianggap keperluan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, antara premis terbabit adalah premis jualan makanan, hospital dan klinik, farmasi, pasar tani, bengkel, kedai dobi, kedai cermin mata, kedai telekomunikasi, pengurup wang, stesen minyak dan pelbagai lagi.

“Premis yang dibenar beroperasi melibatkan waktu perniagaan antara pukul 6 pagi hingga 8 malam, kecuali stesen minyak di lebuh raya yang dibenar beroperasi hingga pukul 10 malam.

“Sementara itu, antara premis yang tidak dibenarkan beroperasi termasuklah pasar sehari, pasar malam, pusat kecantikan, kelas tuisyen, kolam memancing, sekolah memandu serta premis hiburan seperti pawagam, pusat hiburan dan lain-lain,” ujarnya.

Jelas Ayub lagi, kebenaran beroperasi itu bagaimanapun tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu bagi memastikan keselamatan pembeli dan peniaga.

“Sekiranya terdapat pelanggaran SOP seperti kegagalan mengehadkan jumlah maksimum kehadiran pelanggan di premis berkenaan, tindakan penguatkuasaan yang tegas dan bersesuaian boleh diambil termasuk penutupan premis berkenaan,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI