fbpx
Wanita ini dikurung di dalam sangkar oleh keluarganya kerana tidak mampu menanggung kos rawatan kesihatan mentalnya. – The Sun

Keluarga terpaksa jel anak dalam ‘sangkar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA – Seorang wanita Fili­pina yang menghidap masalah mental terpaksa dikurung oleh keluarga sendiri sejak lima tahun lalu, menurut akhbar The Sun UK ­kelmarin.

Wanita tersebut cuma di­kenali sebagai Bebe, 29, dan bercita-cita menjadi seorang model terkenal sebelum dia disahkan meng­hidap masalah ­kemurungan psikotik pada 2014.

Menurut kenalan keluarga, Bebe pernah dimasukkan ke unit psikiatri di sebuah hospital di wilayah Negros Occidental.

Bebe pada awalnya bertambah sihat selepas setahun menjalani rawatan dan doktor membenarkannya pulang ke rumah.

Bagaimanapun, keadaan ber­ubah selepas bapanya jatuh sakit pada 2015 dan keluarga­nya tidak mampu menanggung bil perubatan Bebe.

Akibat gagal meneruskan pengambilan ubat yang sudah ditetapkan doktor, Bebe kembali murung dan berhalusinasi.

“Kadang-kadang dia baling barang ke arah jiran atau ber­keliaran di luar rumah dan menaiki bas tanpa arah tuju.

“Dia pernah hilang selama satu minggu dan ditemui semula keluarga di wilayah Cebu selepas menerima panggilan daripada polis,” katanya.

Bagi mengelakkan Bebe me­­larikan diri, keluarganya mem­bina satu ‘sangkar’ dan ­mengurungnya dalam rumah.

Bebe terpaksa dipakaikan sarung guni kerana dia akan memakan pakaian sendiri hingga koyak.

“Saya berharap ada pihak sudi hulur bantuan untuk membantu merawat Bebe supaya dia kembali sihat.

“Dia terpaksa dikurung keluarga kerana tidak mahu Bebe menyakiti diri sendiri semasa dia berhalusinasi,” jelasnya. – Agensi