fbpx

Bront Palarae menang Pelakon Lelaki Terbaik Asia (Digital) ATA25

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bront Palarae

PETALING JAYA – Pelakon Bront Palarae melakar sejarah selepas diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik (Digital) menerusi drama The Bridge 2 pada Anugerah Televisyen Asia (ATA) Ke-25 yang berlangsung di Singapura malam tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan Bront menewaskan tujuh calon lain Chutavuth Pattarakampol (Thailand), Rajeev Khandewal (India), Vo Dang Khoa (Vietnam), Jeff Chao (Singapore), Ario Bayu (Indonesia), Tarra Budiman (Indonesia) dan Kamal Adli menerusi drama, Black.

Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 43, dalam ucapannnya memberitahu dia gembira dan bersyukur dengan anugerah yang diterimanya.

“Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh kru produksi The Bridge 2 termasuklah para pelakon terutama kepada tiga pengarahnya, Thean-jeen Lee, Jason Chong dan Zahir Omar.

“Malah, anugerah ini juga saya dedikasikan kepada isteri, Rozi Isma dan puteri saya, Adeena Imani, terima kasih semua atas sokongan yang diberikan,” ucapnya menerusi sebuah video pendek.

Dalam kategori tersebut, aktor filem Gundala itu turut menerima saingan daripada seorang lagi pelakon drama berkenaan iaitu Ario Bayu.

Dia juga turut tercalon sebagai Top 8 Pelakon Lelaki Terbaik namun kategori tersebut dimenangin oleh aktor Hong Kong, Anthony Wong.

Selain dua kategori membabitkan Bront, The Bridge 2 turut tersenarai dalam 11 pencalonan di ATA 25.

Antaranya Siri Terbaik, Adaptasi Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik iaitu Wan Hanafi Su dan Miller Khan.

The Bridge merupakan drama bergenre thriller penyiasatan yang disiarkan menerusi platform digital, Viu dan saluran HBO

Terdahulu, Bront pernah dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik bagi filem Eropah, Here I Come arahan Bernard Chauly pada tahun 2016.

Sementara itu, sebuah lagi drama bersiri, Pretty Little Liars yang turut dilakonkan oleh pelakon tempatan, Eyka Farhana memenangi kategori karya Adaptasi dari Format Asal Terbaik.

ATA turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasminya semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI