fbpx

Penunggang motosikal maut rempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BACHOK – Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah kereta di Jalan Kampung Kolam Pak Badol di sini semalam.

Mangsa, Durrani Dhamiri Arifin, 21, mengalami kecederaan pada anggota badan sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian pada pukul 6.45 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, nahas berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 sedang dalam perjalanan dari arah Kampung Pak Badol menghala ke Kampung Kolam di sini.

Menurutnya, sementara itu, sebuah kereta jenis Proton Persona dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun pula keluar dari arah lorong rumahnya di Kampung Pak Simpol, Melor menghala ke Pak Badol.

“Semasa sedang membelok ke kanan untuk keluar, motosikal yang ditunggang mangsa secara tiba-tiba telah melanggar bahagian sisi hadapan sebelah kanan kereta itu.

“Insiden itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan. Pemandu kereta itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo hari ini.

Menurut Mohd. Zamri, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh, untuk bedah siasat dan telah diserahkan kepada keluarga dari Kampung Pak Simpol Mahligai dekat Melor untuk urusan pengebumian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI