fbpx

Gudang acuan sarung tangan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gudang sebuah kilang menyimpan acuan sarung tangan terbakar 50 peratus dalam kejadian di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada pukul 7.12 malam tadi.

SEPANG – Gudang sebuah kilang yang menyimpan acuan sarung tangan nyaris musnah dijilat api selepas terbakar 50 peratus dalam kejadian kebakaran di Kawasan Perusahaan, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 7.12 malam tadi itu melibatkan gudang berkeluasan kira-kira 557 meter persegi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor telah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada pukul 7.12 malam berhubung kejadian.

“Sebanyak tujuh jentera bomba termasuk dua Watertanker dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA dan BBP Serdang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Jentera dari BBP Sepang dan BBP Cyberjaya dengan bantuan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) juga dikerah ke tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hafisham berkata, kebakaran itu tidak melibatkan kilang dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

“Ketika tiba di lokasi pada pukul 7.22 malam, api kelihatan marak di dalam gudang kilang berkenaan.

“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 8.45 malam dan anggota bomba kini sedang giat melakukan kerja-kerja overhaul,” katanya.

Menurut Hafisham, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Katanya, kerja-kerja pemadaman api dilakukan dengan kekuatan pegawai dan anggota seramai 53 orang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI