fbpx

Bayi digigit kera trauma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keratan Kosmo! semalam

GEORGE TOWN – Tahap ke­sihatan bayi lelaki yang ce­dera akibat digigit seekor kera jantan tunggal di sebuah rumah di Kampung Manggis, Sungai Puyu, Butterworth dekat sini Sabtu lalu dilaporkan semakin baik.

Bapa mangsa, Annur Rosmadi Mohamad Shahimi, 28, berkata, anak sulungnya, Mohammad Isyraffie Daniyal yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang di sini bagaimanapun masih trauma selepas kejadian itu.

“Sebelum ini kalau letak atas tilam semasa tidur dia baik sahaja, tetapi sekarang dia mudah terjaga jika ibunya berbuat demikian.

“Selepas itu dia akan menangis,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Keadaan mangsa selepas diserang seekor kera.

Menurut Annur Rosmadi, bayinya selesai menjalani prosedur menjahit luka kali kedua semalam iaitu pada pipi selepas luka pada perut sehingga menampakkan usus dijahit sejurus kejadian.

“Pihak hospital tidak menjahit luka sekaligus kerana perlu pemantauan daripada sebarang jangkitan kuman memadangkan keadaan luka agak dalam.

“Sebahagian jahitan pada perut terpaksa dibuka dan dibersihkan hari ini (semalam) kerana ada nanah sebelum dijahit semula,” katanya sambil menjelaskan mangsa cedera pada perut, kepala dan pipi.

Kosmo! pada Selasa lalu melaporkan seorang bayi berusia 50 hari menerima 15 jahitan selepas diserang se­ekor kera tunggal jantan yang menceroboh rumah keluarganya di Kampung Manggis, Sungai Puyu, Butterworth di sini Sabtu lalu.

Kera berkenaan bagaima­napun berjaya ditembak mati semasa operasi oleh polis dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada Isnin. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI