fbpx

Perkhidmatan kereta api Kota Kinabalu – Beaufort dihentikan sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kaunter tiket di stesen kereta api Tanjung Aru ditutup buat sementara waktu berikutan pelaksanaan PKP bagi tempoh dua minggu. Foto IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) memaklumkan perkhidmatan kereta api di Sabah bagi laluan Kota Kinabalu – Beaufort dihentikan buat sementara waktu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.

Jurucakap JKNS berkata, pemberhentian operasi sementara terbabit berkuatkuasa hari ini sehingga 26 Januari depan.

Katanya, ia sejajar dengan larangan rentas daerah yang dikuatkuasakan mulai semalam berikutan laluan perkhidmatan kereta api merentasi daerah Kota Kinabalu, Putatan, Papar dan Beaufort.

“Bagaimanapun, perkhidmatan kereta api antara daerah Beaufort dan Tenom masih beroperasi seperti biasa.

“Dua perkhidmatan yang masih beroperasi iaitu laluan Beaufort – Halogilat dan Tenom – Rayoh pada 7.50 pagi dan 1.30 tengah hari serta 7.30 pagi dan 1 tengah hari,” katanya menerusi kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI