fbpx
Rohani menunjukkan pokok mangga yang telah dipotong selepas pokok berkenaan menghempap bahagian dapur rumahnya di Dengkil dalam kejadian pada hari Ahad lalu.

Penahan pokok selamatkan rumah daripada ranap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Seorang ibu tunggal berdepan detik cemas selepas rumahnya hampir ranap dihempap pokok mangga dalam kejadian pokok tumbang di Kampung Batu 1 Jalan Ayer Hitam, Dengkil, di sini pada hari Ahad lalu.

Mangsa, Rohani Mohd. Saman, 56, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi ketika dia dan sembilan ahli keluarga lain termasuk tiga orang cucunya berada di dalam rumah.

“Sebelum kejadian berlaku, makcik sedang menghala ke dapur untuk mengambil penyapu tetapi secara tiba-tiba terperanjat apabila mendengar dentuman kuat.

“Makcik nampak sendiri pokok mangga itu tumbang lalu menghempap sebahagian bumbung rumah sebelum zink bumbung terjatuh ke tanah,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Rohani berkata, kejadian itu kali pertama berlaku sejak 34 tahun dia menetap di tanah pusaka itu.

Difahamkan, pokok mangga itu tumbang mungkin disebabkan tanah sudah lembut berikutan hujan berterusan berlaku dua hari berturut-turut.

“Bimbang juga keadaan ini namun begitu makcik bersyukur kerana Allah melindungi makcik sekeluarga. Jika tidak ada penahan pokok, sudah tentu habis ranap bahagian dapur rumah makcik,” katanya.-K! ONLINE

POPULAR