fbpx

KPDNHEP sita barang tiruan bernilai RM25,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai KPDNHEP memeriksa barangan tiruan oleh premis terbabit.

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menyita sebanyak RM25,000 barangan tiruan dalam satu operasi bersepadu kelmarin di dua premis di sekitar ibu kota.

Sepasukan pegawai dari KPDNHEP WPKL dan wakil pemilik cap dagangan telah memeriksa dua buah premis pemborong di Lorong Haji Taib dan Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDNHEP WPKL, Zubir Hamsa berkata, kedua-dua premis pemborong terbabit dikesan memiliki barang-barang tiruan.

“Premis pemborong di Lorong Haji Taib dikesan memiliki barang-barang yang disyaki tiruan terdiri daripada beg, dompet dan tali pinggang berjenama.

“Hasil pemeriksaan sebuah gudang di Bandar Sri Damansara pula menemui sejumlah mata pisau cukur dari jenama terkenal yang disyaki tiruan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, peniaga borong di Jalan Haji Taib didapati menjual barangan tersebut secara atas talian dan secara borong kepada pelanggan di seluruh negara manakala peniaga yang menjual mata pisau cukur berjenama pula didapati mengedarkan barangan tersebut untuk jualan juga di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Tambahnya lagi, kesemua barangan sudah disita dengan nilai rampasan berjumlah RM25,000.

“Siasatan lanjut terhadap penjual akan dibuat di bawah Akta Cap Dagangan 2019,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI