fbpx

2,846 pekerja asing disahkan positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 2,846 daripada 142,009 pekerja warga asing yang telah menjalani ujian saringan Covid-19 sehingga 12 Januari lalu disahkan positif jangkitan wabak itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bermula 1 Disember 2020 kerajaan telah mengarahkan semua pekerja warga asing supaya menjalankan ujian saringan.

“Kerajaan telah menguatkuasakan arahan ini bermula 1 Januari 2021 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342),” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan menerima laporan masih berlaku kesesakan di taman-taman awam di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 13 Januari lalu.

Ujarnya, taman-taman awam di kawasan PKP adalah ditutup dan tidak dibenarkan sebarang aktiviti sukan atau riadah.

“Kerajaan membenarkan aktiviti riadah seperti jogging dan berbasikal terhad kepada dua orang satu rumah khusus dalam kawasan kejiranan sahaja,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI