fbpx

Polis gagalkan cubaan seludup daun ketum ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 1,325 kg daun ketum ditinggalkan di kebun kelapa sawit di Kampung Kubang Tiga, Padang Besar pada petang semalam.

PADANG BESAR – Taktik licik seorang lelaki meninggalkan 1,325 kilogram daun ketum yang siap dibungkus di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Kubang Tiga di sini sebelum diseludup ke Thailand berjaya dikesan pihak berkuasa.

Suspek berusia 31 tahun yang merupakan warga tempatan ditahan bersama daun ketum dianggarkan bernilai RM39,750 itu kira-kira pukul 3 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas berkata, hasil maklumat risikan, sepasukan anggotanya dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik masuk ke kawasan kebun tersebut dan menemui empat longgokan daun ketum.

Katanya, pihaknya turut menahan seorang lelaki yang ditemui di lokasi serbuan.

“Kita percaya bekalan daun ketum ini mahu diseludup ke negara jiran,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI