fbpx

Lelaki dikompaun RM1,000 cuba rentas Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Seorang lelaki warga asing bukan sahaja gagal melepasi Sekatan Jalan Raya (SJR) malah dikompaun RM1,000.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, semasa ditahan lelaki warga Indonesia berusia dalam lingkungan 30-an itu mendakwa dari Nilai menuju ke Senawang.

Pemeriksaan pada pukul 9.30 pagi itu mendapati dakwaan lelaki itu tidak benar kerana paspotnya beralamat di Kuala Lumpur.

“Selepas mendapati maklumat tidak betul, jadi pihak kami mengeluarkan kompaun di bawah Akta Penyakit Berjangkit,” katanya ketika ditemui ketika melawat SJR di Tol Senawang di sini hari ini.

Beliau menegaskan pihaknya akan mengeluarkan kompaun sekiranya ada pihak yang cuba melalui SJR tanpa alasan munasabah.

“Nasihat dan amaran mengenainya sudah lama diberikan. Jadi kita akan keluarkan kompaun,” tambahnya.

Sementara itu, sebanyak 17 SJR di seluruh negeri ini telah bermula sejak tengah malam tadi berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan kerajaan kelmarin.

“Di Seremban, tujuh lokasi SJR diadakan bagi memantau pergerakan perjalanan masuk dan keluar di negeri ini,” katanya.

Beliau berharap dengan perlaksaan SJR itu dapat memastikan supaya hanya mereka yang dibenarkan ataupun memerlukan pergerakan itu mendapat bergerak antara negeri dan negeri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI