fbpx

PRU, PRN, PRK tidak akan dibuat sepanjang darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PUTRAJAYA – Pilihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil tidak akan dibuat sepanjang tempoh darurat yang dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pilihan raya akan dibuat selepas jawatankuasa khas memperakukan bahawa wabak Covid-19 telah pulih dan pilihan raya selamat diadakan.

“Ketika itu, terpulang kepada saudara saudari sekalian untuk memilih kerajaan,” katanya dalam perutusan khas darurat hari ini.

Pada masa sama, Muhyiddin berkata, semua sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) juga tidak akan bersidang sepanjang tempoh darurat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI