fbpx

Mohd. Annuar dilantik Yang Dipertua Maipk yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini hari ini . - Foto IHSAN PEJABAT MENTERI BESAR PERAK

IPOH – Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk) yang baharu.

Pelantikan Annuar berkuatkuasa 1 Januari lalu menggantikan penyandang sebelum ini, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Wan Noordin.

Ketua Pegawai Eksekutif Maipk, Shahrul Azam Shaari berkata, Mohd. Annuar juga adalah anggota Maipk yang dilantik sejak April 2008.

“Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengikut Seksyen 11, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2014 telah berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Yang Dipertua Maipk pada Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Yang Dipertua dan Anggota Maipk, Hakim Mahkamah Utama Syariah, Ahli Jawatankuasa Fatwa dan Ketua Pendakwa Syarie Negeri Perak hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, seramai 19 anggota majlis bagi penggal 2021-2023 dilantik yang terdiri daripada lima Ex-Officio iaitu Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri Perak, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak selain 10 anggota lantikan sebelum ini.

Beliau berkata, Maipk diterajui olah anggota-anggota berwibawa yang berpengalaman luas serta mahir dalam pelbagai bidang serta disiplin ilmu membabitkan ahli korporat, ahli akademik, ahli undang-undang dan ahli hukum syarak.

“Maipk berusaha untuk melaksanakan tanggungjawabnya iaitu untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan ekonomi dan sosial masyarakat Islam negeri Perak selaraa hukum syarak, ” katanya.

Turut menerima watikah lantikan daripada Sultan Nazrin hari ini ialah Hakim Mahkamah Utama Syariah Perak, Datuk Dr. Naim Mokhtar dan Ketua Pendakwa Syarie Perak, Mohd. Asri Mohamad Ghazali.

Selain itu, 10 Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak turut menerima watikah lantikan masing-masing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI