fbpx

Kotak hitam Sriwijaya Air ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelam tentera bergambar bersama kotak hitam pesawat Sriwijaya Air ditemui Selasa lalu. - AFP

JAKARTA – Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas Sabtu lalu ditemui sebentar tadi, lapor laman berita Suara.com.

Kotak hitam itu ditemui pasukan penyelam di dasar laut Kepulauan Seribu, Jakarta pada pukul 4.30 petang tadi (waktu tempatan).

Selain itu, kotak hitam berkenaan kemudian dilaporkan dibawa ke Pelabuhan Tanjung Priok sebelum diserahkan kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan untuk dianalisis.

Alat perakam data penerbangan tersebut dipercayai tertimbus pada timbunan bangkai pesawat di dasar laut yang berlumpur.

Sebelum itu, pasukan pencari mengesan isyarat kuat dari kotak hitam tersebut di sekitar kawasan berkenaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI