fbpx

Kawalan sempadan Terengganu diperketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

HULU TERENGGANU – Kawalan di semua pintu sempadan Terengganu akan diperketatkan selama 24 jam berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai esok.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, tumpuan diberikan bagi mengawal kemasukan di sempadan Besut dan Kemaman bagi memutuskan penularan pandemik Covid-19.

“Dua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan Besut iaitu Pachakan dan Tok Saboh.

“Tiga lagi di sempadan Kemaman iaitu kawasan Rehat dan Rawat Perasing, Plaza Tol Cheneh dan Paya Berenjut,” katanya di sini hari ini.

Roslee berkata, tumpuan akan diberikan untuk menyekat kemasukan individu dari zon merah daripada memasuki Terengganu.

Selain itu, beliau juga memberitahu, operasi pematuhan prosedur operasi standard normal baharu di premis-premis berisiko yang menjadi tumpuan ramai juga akan diperketatkan.

“Seramai 1,000 anggota polis akan dikerah untuk melakukan penugasan SJR dan pematuhan SOP berkenaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI