fbpx

Terbuka Thailand bagai hilang seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kiri) mengakui pandemik Covid-19 menyebabkan ramai pemain terpaksa menarik diri, sekali gus menjadikan aksi Terbuka Thailand kali ini hambar.

KETIADAAN pemain-pemain bintang pada kejohanan badminton Yonex Terbuka Thailand di Bangkok yang akan bermula esok dijangka membuatkan pertan­dingan itu sedikit hambar.

Setakat ini, pemain-pemain dari China dan Jepun sudah menarik diri daripada kejohanan itu selain beregu lelaki No.1 dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya ­Suka­muljo.

Justeru, ia mencerahkan peluang beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk muncul juara, namun Aaron mengakui sedikit kecewa kerana ramai pemain ternama sudah menarik diri.

“Ramai pemain pilihan sudah menarik diri daripada kejohanan ini termasuk Marcus-Kevin. Saya akui ketiadaan mereka mungkin beri sedikit kelebihan kepada kami dalam memburu gelaran.

“Bagaimanapun, kejohanan sudah pasti akan berlangsung dalam keadaan kurang menarik tanpa mereka. Tiada pemain-pemain dari China, Jepun dan sebahagian pemain terbaik yang lain,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Meskipun mengakui peluang juara tetap ada, namun pemain berusia 24 tahun itu menegaskan, masih ada beregu-beregu lain yang mampu menyekat hajat mereka pada kejohanan tersebut.

Dijangka beberapa beregu seperti gandingan No.2 dunia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dan Kim Gi Jung-Lee Yong Dae mampu meranapkan hasrat Aaron-Wooi Yik.

“Peluang untuk juara mungkin ada, tetapi perlu ingat Ahsan-Hendra masih ada serta beregu dari India dan Korea Selatan. Selain itu, wakil Eropah juga tidak boleh dipandang remeh.

“Secara jujur, saya boleh katakan peluang juara lebih cerah tetapi itu bukan lesen untuk kami mendabik dada. Apa yang penting, kami perlu fokus satu demi satu perlawanan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Aaron juga mendedahkan, kejohanan kali ini sangat sukar berbanding edisi-edisi terdahulu kerana semua pemain perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sangat sangat ketat.

“Saya fikir saingan kali ini ­sangat menguji mental dan fizikal kerana terlalu banyak SOP yang perlu dipatuhi.

“Jika ada lakukan sedikit kesilapan, anda akan ditegur oleh para petugas.

“Tidak kira di mana anda berada, penjarakan fizikal perlu dijaga terutamanya ketika beratur untuk menaiki bas. Bukan itu sahaja, jarak ketika latihan juga perlu dipatuhi,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI