fbpx

Mayat lelaki tanpa pengenalan diri ditemui di Kampung Pandan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Mayat separa reput seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemui orang awam di kawasan belukar di Jalan F, Kampung Pandan Dalam, Ampang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd. Azam Ismail berkata, mayat yang masih lengkap berpakaian itu ditemui kira-kira pukul 7.35 malam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan pada mayat tersebut.

“Siasatan polis di tempat kejadian mendapati, mayat dijumpai oleh orang awam dan mayat dijumpai dalam keadaan separa reput.

“Mayat dipercayai lelaki dewasa, lengkap berpakaian dan tiada dokumen pengenalan diri dijumpai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Mohd. Azam, mayat telah dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukriz untuk dibedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil menyalurkannya ke Balai Polis Ampang atau melalui telefon di 03-42897417

“Setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) sehingga ada keputusan bedah siasat,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI