fbpx

Dua lelaki baru sebulan berjinak edar dadah dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara dadah dan barangan yang dirampas dalam satu operasi di  Felda Serting Hilir, Bandar Seri Jempol, dekat sini, awal pagi tadi.

JEMPOL – Dua saudara lelaki yang baru berjinak-jinak menjadi tokan dadah sejak sebulan diberkas dalam satu operasi di  Felda Serting Hilir, Bandar Seri Jempol di sini awal pagi tadi.

Dalam serbuan pada pukul 12.05 tengah malam itu, suspek berusia 28 dan 35 tahun sedang duduk di stor belakang salah sebuah rumah di felda berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, pihaknya merampas tujuh paket plastik lutsinar berisi ketulan disyaki heroin, sepeket plastik lutsinar dipercayai syabu, satu beg dan alat penimbang digital.

“Nilai dadah yang dirampas adalah kira-kira RM5,000.

“Polis menyita sebuah kereta Proton Waja dan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dipercayai digunakan oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Chang Hook berkata, ujian saringan awal air kencing didapati positif dadah jenis jenis methaphetamine dan amphetamine.

Menurutnya, kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan kes dadah dan tiada kerja tetap.

“Kedua-dua mwereka juga sudah terlibat dalam penagihan dadah selama tujuh hingga 11 tahun dan dipercayai baru sebulan mengedar dadah.

“Suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI