fbpx

2,232 kes baharu, empat kematian dicatat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,232 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di seluruh negara mencecah sebanyak 138,224 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula kini merekodkan sebanyak 28,554 kes.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu hari ini, enam daripadanya ialah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 2,226 kes penularan tempatan.

“Terdapat sebanyak 1,006 kes sembuh dilaporkan dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 109,115 kes.

“Empat lagi kematian baharu turut direkod dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 555 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 187 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 87 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI