fbpx

Jaga SOP, Che Ta elak bergambar rapat dengan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Ta

PETALING JAYA – Risau dijangkiti Covid-19, pelakon terkenal Rozita Che Wan mengakui terpaksa menolak permintaan peminat yang mahu bergambar dalam keadaan bersentuhan dengannya.

Menurut Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar, dia terpaksa menegur peminat yang mahu bergambar dengannya tetapi tidak menjaga penjarakan fizikal.

“Saya bukan tidak mahu bergambar tetapi bila mereka sudah lupa tentang penjarakan fizikal, memang saya akan terus tegur supaya menjaga jarak.

“Mereka kata, kadang-kala memang terlupa. Risau kalau terus main pegang-pegang sebab kes positif pun semakin meningkat,” katanya kepada Kosmo! Online selepas majlis pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Mylea.

Ujar pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu lagi, dia juga mengehadkan masa berada di luar rumah kecuali untuk urusan penting dan kerja.

“Saya tidak akan keluar rumah jika tiada urusan penting. Saya juga pesan perkara yang sama kepada anak-anak supaya jangan kerap berada di luar jika tiada urusan. Aisyah juga memang duduk di rumah sahaja ketika ini.

“Selain itu, saya juga terpaksa menolak mana-mana undangan majlis perkahwinan sebab risau berkumpul di tempat orang ramai,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI