fbpx

KBS hormati dan terima keputusan Shahlin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menghormati dan menerima sepenuhnya keputusan ratu tenpin boling negara, Shahlin Zulkifli yang bersara dari skuad kebangsaan, Selasa lalu.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, hasrat Shalin telah dimaklumkan Majlis Sukan Negara (MSN) kepadanya terlebih dahulu dan ternyata ia merupakan detik yang sukar kepada sukan negara.

Katanya, sudah semestinya jauh di sudut hati kita sentiasa berharap untuk melihat kelibat Shalin mempamerkan aksi beliau di arena boling negara.
“Sungguhpun begitu, keputusan beliau ini kita hormati dan terima sepenuhnya setelah 28 tahun beliau menyumbang bakti mengharumkan nama negara hingga ke persada antarabangsa dengan hampir 100 pingat diraihnya,” katanya menerusi siaran akhbar hari ini.

Reezal Merican berkata , dalam hal ini dia telah meminta MSN meneruskan perbincangan dengan Shalin khusus tentang perancangan masa depannya.

Katanya, Shahlin merupakan seorang atlet yang berjiwa besar serta banyak terlibat dalam beberapa program yang melibatkan sokongan kebajikan kepada atletatlet negara.

Menurutnya lagi, antara sumbangan beliau termasuklah sebagai Pengerusi, Suruhanjaya Atlet Majlis Olimpik Malaysia di samping sumbangan beliau kepada KBS dan MSN dalam gerakan pembangunan wanita dalam sukan yang menunjukkan betapa besarnya jiwa sukan yang ada dalam diri beliau.

“Saya secara peribadi, mewakili KBS, para peminat sukan serta seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan terima kasih kepada Shalin atas segala sumbangan beliau kepada negara selama ini.

“Penghargaan juga ditujukan kepada keluarga, pihak pengurusan, jurulatih serta pasukan boling negara yang turut memberi sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung dalam melahirkan seorang bintang dan jaguh sukan bernama Shalin,” ujarnya.

Shalin yang mencipta kerjaya cemerlang dengan mengumpul 74 pingat sepanjang penglibatannya selama 28 tahun di peringkat antarabangsa menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada ketua jurulatih kebangsaan Holloway Cheah, Selasa lepas.

Shalin mula bermain boling ketika berusia sembilan tahun dan pada 1991 beliau dinobatkan sebagai Olahragawati Muda Harapan Selangor, Olahragawati Kebangsaan sebanyak lima kali iaitu pada 1994, 1996, 1997, 2001 dan 2002. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI