fbpx

Kartel daging: Dua pegawai Maqis bersekongkol ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi Alias

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor hari ini telah menahan dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor kerana disyaki terlibat aktiviti penyeludupan bahan mentah di negeri ini.

Kedua-dua orang kena tuduh (OKT) itu ditahan kerana disyaki menerima rasuah bagi aktiviti penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Kedua-dua mereka yang berusia 27 dan 31 tahun tersebut ditahan di Pejabat SPRM Johor malam tadi bagi membantu siasatan.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut berikutan kes masih dalam siasatan.

Kedua-dua OKT akan dibawa ke Mahkamah Majistret pagi ini bagi permohonan reman.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI