fbpx

Jumpa pistol dalam serbuan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Amar (tengah) menunjukkan dadah dan pistol angin yang dirampas pihaknya. Foto NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG – Sepucuk pistol angin jenama We Taktikal ditemui bersama empat bungkusan dadah jenis heroin bernilai RM20,000 menerusi serbuan di sebuah premis besi buruk di Jalan Persiaran Seri Junjung, Pelabuhan Klang di sini kelmarin.

Serbuan dilakukan selama empat jam bermula pukul 2 petang itu turut menahan terlebih dahulu dua lelaki yang merupakan pengedar dadah berusia 25 dan 40 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penangkapan dua suspek itu dilakukan di dalam sebuah kereta di Jalan Telok Gong dengan menemukan sebungkus dadah jenis heroin seberat 455 gram.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua pengedar ini telah bergerak aktif sejak 2019.

“Soal siasat kemudiannya membawa kepada satu lagi serbuan di sebuah premis besi buruk di Pelabuhan Klang yang dijadikan stor penyimpanan dadah mereka.

“Kita merampas empat bungkusan dadah seberat 2.2 kilogram dianggarkan bernilai RM20,000 bersama sepucuk pistol angin yang menyerupai senjata sebenar,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Difahamkan pistol jenis We Taktikal itu dibeli pada harga RM5,000.

Shamsul Amar memberitahu, pihaknya percaya kesemua dadah yang dirampas adalah untuk pasaran di daerah ini dan mampu dibekalkan kepada kira-kira 1,137 penagih.

Ujar beliau, dadah tersebut dijual sekitar RM50 bagi satu peket seberat dua gram.

“Semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan pernah ditahan polis dua tahun lalu mengikut Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) sebelum dibebaskan hujung tahun 2019.

“Mereka kini direman sehingga 12 Januari depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 (B) ADB 1952 dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1990,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI