fbpx

Empat jalan alternatif pengguna LPT 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan di KM 113 dan 115 EB & WB (Lancang-Temerloh), kedua-dua arah masih ditutup.

PETALING JAYA – Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT 1) boleh menggunakan laluan alternatif untuk perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Kuantan, Pahang susulan beberapa laluan utama masih ditutup akibat banjir.

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dalam satu kenyataannya berkata, pengguna dari Kuala Lumpur boleh menggunakan dua laluan alternatif iaitu yang pertama melalui susur KLK@E8 – Karak – Simpang Pertang – Muadzam Shah – Plaza Tol Gambang (LPT1@E8)

“Jalan alternatif kedua pula, pengguna boleh melalui laluan dari Seremban – Kuala Pilah – Bahau – Muadzam Shah – Plaza Tol Gambang (LPT@E8).

“Manakala laluan alternatif bagi pengguna dari Kuala Terengganu dan Kuantann boleh menggunakan dua pilihan laluan iaitu EXIT 830 Plaza Tol Gambang – Muadzam Shah – Bahau – K.Pilah – Seremban atau boleh menggunakan laluan EXIT830 Plaza Tol Gambang – Muadzam Shah – Simpang Pertang – Karak – KLK@E8,” jelas kenyataan tersebut hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI