fbpx

Juwita koma 15 hari, lumpuh kerana tak makan nasi dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penyanyi dangdut Indonesia, Juwita Bahar mengalami koma selama 15 hari selepas mengamalkan diet tidak memakan nasi, lapor laman berita Suara.com.

Juwita berkata, dia turut mengalami lumpuh sebaik sedar daripada koma dan tidak boleh menggerakkan seluruh tubuh badannya.

“Disebabkan mengalami masalah berat badan sejak kecil, saya nekad untuk mengamalkan diet tanpa makan nasi selama dua tahun sebelum satu hari, badan terasa panas serta demam.

“Selepas itu, saya tiba-tiba pengsan dan terus dibawa ke hospital. Apabila sedar, keluarga memberitahu, saya koma selama 15 hari dan pada masa sama tidak dapat menggerakkan badan,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Juwita berkata, dia mengambil masa yang cukup lama untuk pulih serta kembali kepada keadaan seperti sedia kala.

“Badan saya tidak terasa sakit, tetapi seluruh anggota ini menjadi tidak boleh digerakkan menyebabkan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada orang lain.

“Tempoh pemulihan untuk kembali sihat memang sangat lama. Saya tidak boleh menggerakkan badan dan jadi seperti seorang bayi yang perlu belajar bangun, berjalan dan menulis semula,” ujarnya.

Selain itu, Juwita berkata, keadaannya sekarang sudah kembali pulih sepenuhnya dan boleh melakukan aktiviti harian termasuk bekerja seperti biasa.

“Alhamdulillah saya sudah pulih seperti dulu dan kembali aktif dalam industri hiburan walaupun sebelum ini doktor memberitahu saya mempunyai 50 peratus peluang untuk hidup normal,” luahnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI