fbpx

Empat termasuk kanak-kanak PATI Rohingya terperangkap dalam lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI Rohingya diselamatkan selepas terperangkap dalam lumpur sedalam satu meter di hutan paya bakau, Kapar, hari ini.

KLANG – Empat termasuk tiga kanak-kanak etnik Rohingya yang baharu menyeludup masuk negeri ini berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam lumpur paya bakau sedalam satu meter di belakang Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Serdang, Kapar awal pagi tadi.

Kesemua mangsa berusia lima hingga 30an itu diselamatkan dalam tempoh sejam bermula pukul 4.44 pagi.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 4.33 pagi.

Katanya, sebaik tiba 11 minit kemudian, didapati mangsa-mangsa berkenaan terperangkap di dalam lumpur sedalam semeter.

Difahamkan jarak antara lokasi mangsa terperangkap dengan kawasan darat adalah kira-kira 200 meter.

“Kita terpaksa menggunakan dua tali yang dipasang di antara dua pokok termasuk pokok bakau di kawasan tersebut selain menggunakan bot ringan ekoran kawasan kejadian adalah berlumpur.

“Operasi menyelamat mangsa dilakukan secara bergilir-gilir sebelum air laut pasang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, berdasarkan maklumat mendapati keempat-empat mangsa adalah daripada 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) Rohingya dengan menjadikan lokasi tersebut sebagai pintu haram memasuki negara ini.

Jelas Norazam, mereka yang diselamatkan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI