fbpx

Penduduk Hawaii lihat UFO menjunam ke dalam laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAHAYA biru yang didakwa dihasilkan oleh UFO dirakam oleh penduduk di Pulau Oahu. – YOUTUBE

HONOLULU, Hawaii – Beberapa penduduk melihat objek tidak dikenali (UFO) berbentuk bujur dan bercahaya biru muncul di langit di Pulau Oahu, Hawaii, lapor akhbar New York Post.

Beberapa rakaman video yang dimuat naik di media sosial me­nunjukkan UFO itu terapung di langit selama beberapa minit sebelum menjunam ke dalam laut Selasa lepas.

Seorang saksi kejadian yang dikenali sebagai Moriah berkata, kejadian itu berlaku sekitar pukul 8.30 malam (waktu tempatan). Dia melihat objek itu melintasi kejiranan Princess Kahanu Estates di Oahu.

“Saya mendongak ke langit dan ternampak objek bujur berwarna biru sebelum memanggil suami serta jiran kami yang kebetulan berada di rumah.

“Objek itu terapung-apung di langit sebelum bergerak dengan pantas,” katanya kepada stesen televisyen tempatan, Hawaii News Now (HNN).

Katanya, dia mengekori objek tersebut sejauh kira-kira satu kilometer sehingga ia menjunam ke dalam laut lalu hilang. Wanita itu turut menghubungi pihak berkuasa berhubung penemuannya.

“Selepas anggota polis tiba, sebuah UFO lain muncul, tetapi kali ini, ia berwarna putih dan saiznya lebih kecil berbanding objek biru tadi.

“Ia muncul dari arah yang sama dengan objek biru,” jelas­nya.

Sementara itu, jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Ian Gregor berkata, pihaknya menerima laporan da­ripada polis mengatakan bahawa terdapat kemungkinan insiden pesawat terhempas di kawasan terbabit.

“Polis memaklumkan kepada kami terdapat kemungkinan pesawat terhempas atau terjunam ke dalam laut, namun setakat ini tiada sebarang laporan daripada mana-mana pemilik pesawat mahupun lapangan terbang mengenai perkara itu.

“Laporan mengenai pesawat hilang daripada radar di kawasan tersebut pada masa yang dinyatakan juga tidak kami terima,” katanya kepada HNN. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI