fbpx

Kluster buta perut! – Sharnaaz Ahmad tempelak golongan bercuti sakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARNAAZ AHMAD

PETALING JAYA – Pelakon Sharnaaz Ahmad menempelak orang ramai yang pergi bercuti namun tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Menerusi sebuah video berdurasi lapan minit dalam Instagram, Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad menempelak sikap masyarakat yang disifatkannya seperti sudah melupakan perjuangan melawan Covid-19.

“Mana kita punya common sense (akal), kita punya otak? Apa jadi saya tak faham, saya cerita pasal Langkawi sebab benda ini saya nampak.

“Saya tak pergi Langkawi tapi saya tengok ada kawan-kawan saya juga yang pergi. Setahun kita dikurung, nak pergi mana terbatas nak pergi luar negara tak boleh,” katanya.

Kata pelakon filem Juvana itu, berkemungkinan akan wujud kluster baharu andai orang ramai terus berperangai sebegitu.

“Dia akan ada satu kluster yang orang panggil kluster ‘new year’ (tahun baharu). Bagi saya bukan kluster tahun baharu tapi kluster buta perut. Saya tengok orang muat naik gambar di Pantai Chenang. Tolonglah, itu semua tempat bawa penyakit.

“Saya tak kisah anda nak pergi bercuti sebab saya tahu anda tertekan tapi tengoklah, punya banyak kes datang daripada Langkawi. Tapi yang pergi bercuti, berhimpit dan melepak. Tolonglah, naik seram saya tengok.

“Kalau mereka balik sini daripada bercuti takkan kita taknak jumpa? Kalau saya akan tanya kalau seseorang itu balik dari Langkawi, saya taknak jumpa,” getus Sharnaaz, 35.

Terdahulu, pelakon Lelaki Kiriman Tuhan, Harris Anuar dilaporkan positif Covid-19 selepas pulang bercuti dari Pulau Langkawi.

Harris atau nama sebenarnya, Mohammad Harris Shahrul Annuar, 28, menerusi Instagram miliknya mengesahkan dijangkiti selepas menjalani ujian saringan Covid-19 di sebuah klinik di Shah Alam, Selangor 3 Januari lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI