fbpx

Big Sale tawar diskaun sempena Cuti-Cuti Malaysia 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Airasia.com melancarkan jualan Big Sale yang menawarkan diskaun bersempena Cuti-Cuti Malaysia 2021 dengan tempahan tempat duduk percuma serendah RM12.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, tempahan tempat duduk percuma AirAsia dan terbang dengan tambang serendah RM12 itu melibatkan perjalanan dari Johor Bahru ke Ipoh dan Kota Bharu; dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kuala Terengganu dan dari Pulau Pinang ke Kota Bharu dan Langkawi.

Syarikat juga menawarkan pakej SNAP selama 3 hari 2 malam termasuk penerbangan pergi balik daripada RM89 seorang de­ngan diskaun sehingga 60 peratus untuk tempahan hotel.

Pakej tersebut turut menawarkan potongan harga sebanyak 20 peratus untuk elaun bagasi daftar masuk melebihi 25 kilogram dan potongan harga 20 peratus untuk tempahan duduk hot seat serta diskaun 10 peratus untuk hidangan dalam penerbangan.

“Tempahan tersedia mulai semalam hingga 10 Januari 2021 di airasia.com dan aplikasi mudah alih untuk tempoh perjalanan antara 11 Januari hingga 30 Oktober 2021,” katanya dalam ken­yataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Riad menjelaskan, sepanjang tempoh jualan Big Sale, ahli BIG boleh mengumpul hingga lima kali ganda BIG Poin untuk setiap tempahan hotel.

Pelanggan juga boleh memilih untuk membayar menggunakan BIG Poin, manakala pengguna BigPay boleh membuat pembayaran segera dengan hanya satu klik dengan ciri one-click yang mudah dan selamat menggunakan kad BigPay.

Selain itu, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Zulkifly Md. Said berkata, pihaknya berbesar hati melihat pemain industri pelancongan utama menyokong kempen Cuti-Cuti Malaysia.

“Kami menjangkakan pelancongan domestik bakal menjadi kunci dalam menghidupkan kembali perkembangan ekonomi domestik pada tahun 2021.

“Kami juga akan bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan untuk menghidupkan kembali industri pelancongan negara,” tambah beliau.

POPULAR