fbpx

Banjir: 1,187 SRS digerakkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Perpaduan Negara akan menggerakkan 1,187 anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) susulan keadaan banjir yang semakin serius.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, SRS itu akan digerakkan di kawasan kejiranan Rukun Tetangga khususnya di Johor, Pahang, Terengganu, Perak, Selangor dan Kelantan.

Beliau berkata, SRS itu bertujuan membantu menjaga keselamatan harta benda ditinggalkan mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selain memastikan tiada mangsa yang terkandas di kawasan banjir.

“Rondaan SRS ini dijalankan setiap hari melalui penggiliran tiga syif yang diadakan dengan sekurang-kurangnya lima anggota pada setiap syif,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Halimah berkata, operasi rondaan SRS dibuat mengikut prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurutnya, semua jentera SRS di seluruh negara perlu bersiap sedia bagi menjalankan tugas kawalan keselamatan di kawasan lain yang dilanda banjir.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI