fbpx

Scha Elinnea jangan berani sangat – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SCHA ELINNEA

Baru sahaja bergelar pelakon sejak tahun lalu, sudah berbakul-bakul cerita yang Diva dengar tentang Scha Elinnea.

Yang berbakul itu pula, bukannya kerana bakat lakonan tetapi sebab penampilannya yang seksi. Pening!

Kadang-kadang Diva bosan juga dengar cerita sama tetapi mengikut pemerhatian ditambah dengan bantuan spek mata yang tebal ini, memang pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu semakin berani.

Minggu lalu kecoh dengan isu tatu palsu, kemudian minggu ini muncul pula gambar dia memperagakan pakaian yang sangat mencolok mata. Rasa macam nak terkeluar biji mata Diva tengok.

Memakai baju seperti bikini dengan bahagian dada yang terdedah, lain macam sungguh Scha ini.

Bila sudah muat baik foto sebegitu, ibarat wakaflah! Lajulah netizen buat kerja mengata. Biarpun Scha menutup ruangan komennya, netizen tetap melontarkan isi hati mereka dalam platform lain.

Rata-rata netizen berharap, wanita muda itu jangan terlalu berani mendedahkan tubuh menggiurkannya kepada umum, risau disalah guna pihak lain. Siapa tahu kan?

Jadi, harap Scha ambillah nasihat tersebut, semua sayang awak.

DIVA: Penyanyi wanita yang sudah bertapak di China buat tarian TikTok kena kecam, netizen kata dah tak sesuai!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI