fbpx

Pakai bengkung wanita pula!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video memaparkan aksi pelik Iqram Dinzly yang mengenakan bengkung wanita mengundang kecaman ramai.

Sudah hampir setahun tidak mendengar cerita tidak elok tentang pelakon lelaki yang seorang ini.

Jika tahun lalu dia sering muat naik video menari dengan pakaian pelik, kini Iqram Dinzly muncul kembali dengan penampilannya memakai bengkung wanita.

Video aksi pelik itu dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dalam platform media sosial tersebut beberapa hari lalu.

Dalam video berkenaan, Iqram yang memakai bengkung wanita dilihat membuat aksi mencium bahunya sambil berulang kali membahasakan dirinya sebagai ‘sis bro’.

Menjengah dalam ruangan komen, ada netizen yang memberitahu video tersebut sebagai satu strategi mempromosikan bengkung berkenaan.

“Kalau hendak promosikan bengkung sekalipun, tidak perlulah sampai memakainya dan membuat gaya seperti wanita,” ciap seorang warga maya dalam Twitter.

“Dia macam ini hanya untuk kandungan media sosial sahaja. Kalau jumpa di luar, dia normal sahaja,” tulis seorang netizen.

Bahkan, ada juga yang membuat andaian Iqram kini berdepan episod kecelaruan minda sejak pemergian bapanya tidak lama dahulu. Perkara tersebut sudah diketahui umum.

Apa pun itu hanya andaian dan sama ada benar atau tidak kesahihan dakwaan tersebut, hanya Iqram sahaja yang memahami dirinya.

Namun, apa yang membuat Diva terharu ialah, terdapat netizen mendoakan agar Iqram segera pulih sekiranya dia benar-benar sakit kerana ada yang sudah merindui aksi pelakon itu dalam televisyen.

Tidak kisahlah aksi macam manapun yang Iqram buat, asalkan dia bahagia dengan apa sahaja dilakukannya. Iqram seronok-seronok sahaja agaknya. Jangan pelik sangat sudah.

DIVA: Dengarnya, Uyaina Arshad dah dapat lampu hijau oleh ibunya tentang hubungan cinta dengan Raja Syahiran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI