fbpx

Urus jenazah percuma untuk asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amal Team Kelantan bersedia untuk membantu golongan asnaf dalam pengurusan jenazah di sekitar negeri ini.

PASIR PUTEH – Pasukan Amal (Amal Team) Kelantan menawarkan perkhidmatan pengurusan jenazah sehingga selesai secara percuma kepada golongan asnaf.

Pengerusi Amal Team Kelantan, Tengku Mohd. Harith Tengku Abd Aziz berkata, peningkatan kos pengurusan jenazah yang mencecah sehingga RM1,500 mendorong pihaknya menyediakan perkhidmatan itu secara percuma kepada golongan asnaf.

Menurutnya, perkhidmatan percuma kepada golongan asnaf itu merangkumi urusan mandi jenazah, mengkafan, solat, penghantaran dan pengebumian.

“Amal Team mempunyai kepakaran dalam semua aspek termasuklah memandi serta mengafankan jenazah.

“Kami beroperasi 24 jam setiap hari tanpa bayaran dan bergerak atas sumbangan orang ramai,” katanya kepada pemberita di Pejabat Amal Team di Kampung Wakaf Raja di sini hari ini.

Tengku Mohd Harith memberitahu, setakat ini, pihaknya mempunyai lima buah van jenazah yang sedia membantu golongan asnaf.

Katanya, pihaknya terkesan melihat ada golongan asnaf terpaksa berhutang untuk menyempurnakan urusan jenazah sehingga selesai.

“Lebih menyedihkan lagi, ada dalam kalangan mereka terpaksa menangguhkan seketika urusan pengebumian akibat kekangan kewangan,” ujarnya.

Tengku Mohd. Harith berkata, bagi melancarkan lagi pergerakan pihaknya bernaug di bawah Pertubuhan Amal Valley.

Katanya, jika pihak yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 5622-6355-3821 atas nama Pertubuhan Amal Valley.

Golongan ansaf memerlukan bantuan boleh menghubungi talian 016 421 5423. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI