fbpx

Ikatan Hotshot sebagai kumpulan kini terlerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN Hotshot

SELEPAS beberapa tahun tidak aktif, kumpulan Hotshot akhirnya dibubarkan. Perkara tersebut dimaklumkan agensi mereka, Star Crew Entertainment.

Kenyataan tersebut menamatkan tanda tanya peminat yang selama ini mengharapkan satu perkembang positif tentang Hotshot.

“Kami ada berita terbaharu tentang Hotshot, tetapi ini bukanlah sesuatu yang baik. Hotshot mengambil keputusan untuk mengakhiri aktiviti mereka sebagai kumpulan berkuat kuasa pada 30 Mac.

“Meskipun mereka sudah dibubarkan tetapi kami tetap akan memberi semangat dan menyokong perjalanan karier setiap ahli kumpulan itu pada masa depan,” ujarnya.

Pada masa sama, agensi tersebut memohon maaf kerana memaklumkan berita sedih membabitkan pembubaran kumpulan itu kepada peminat.

Hotshot yang memulakan debut pada 2014 membariskan seramai enam orang anggota iaitu Junhyuk, Timoteo, Roh Tae-hyun, Ha Sung-woon, San dan Hojung.

Pada 2017, Sung-woon dan Tae-hyun muncul dalam program Produce 101 musim kedua sebelum kemudian menyertai kumpulan Wanna One.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI