fbpx

Crash Landing On You versi muzikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pelakon utama drama Crash Landing On You.

NAMPAKNYA kehangatan drama fenomena Crash Landing On You masih belum berakhir apabila naskhah popular berkenaan akan kembali menemui peminat dalam versi muzikal tidak lama lagi.

Syarikat produksi Pop Music dalam satu kenyataan mendedahkan, drama yang menemui penonton menerusi tvN berkenaan dipersembahkan ke bentuk muzikal yang dijangka menemui peminat pada 2022.

Naskhah tersebut mengisahkan seorang wanita kaya bernama Yoon Se-ri (Son Ye-jin) berasal dari Korea Selatan yang terkandas di sebuah hutan Korea Utara ketika melakukan aktiviti payung terjun.

Dia kemudian bertemu dengan Ri Jung-hyuk lakonan Hyun Bin yang merupakan seorang tentera elit Korea Utara.

Menurut sumber Pop Music, syarikat produksi yang menerbitkan muzikal berkenaan sudah pun menandatangani perjanjian dengan Studio Dragon iaitu produksi yang menerbitkan drama Crash Landing On You.

“Kami sudah memulakan sesi pemilihan staf produksi dan menjalankan uji bakat pelakon. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menghasilkan sebuah projek cemerlang buat peminat.

“Memandangkan projek ini pernah mencetuskan fenomena di seluruh dunia, pihak kami menerima banyak pertanyaan daripada ramai pelakon dan syarikat produksi luar negara,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Pop Music, Kim Jin-seok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI