fbpx

Solat lima waktu, Jumaat dibenarkan di Sepang mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM- Solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat dibenarkan mulai esok di semua masjid dan surau termasuk kebenaran Jumaat di daerah Sepang.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu hasil Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemantauan Penilaian Pematuhan Prosedur Operasi Standard Masjid dan Surau Negeri Selangor (JPPPMS) yang berlangsung semalam.

“Hanya 40 jemaah termasuk pentadbir masjid dan surau tersebut yang dibenarkan ketika menunaikan solat lima waktu secara berjemaah. Manakala solat Jumaat dengan jumlah sama itu tidak termasuk pentadbir.

“Bagaimanapun, ketetapan bilangan jemaah itu boleh dihadkan pada jumlah minima sekiranya terdapat faktor munasabah seperti ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP), densiti tinggi penularan di kawasan berhampiran atau masjid dan surau serta menerima pandangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), ” katanya.

JAIS turut memaklumkan warga asing tidak dibenarkan untuk menunaikan solat lima waktu dan solat Jumaat kecuali mereka yang telah dikenalpasti oleh pihak masjid dan surau.

Menurutnya lagi, pihak masjid juga diingatkan menggunakan aplikasi bersesuaian bagi menguruskan kehadiran jemaah solat Jumaat mengikut bilangan jemaah yang dibenarkan dan tidak menerima kehadiran jemaah secara ‘walk in’ yang akan menyebabkan pelanggaran SOP ditetapkan.

“Selain itu, pintu laluan utama masjid dan surau kebenaran solat Jumaat dibuka 30 minit sebelum memasuki waktu solat sebelum ditutup semula selepas azan pertama dilaungkan,” katanya,

Mengulas lanjut, JAIS menjelaskan supaya masjid dan surau menyediakan ruangan khas dan kelengkapan yang perlu bagi mematuhi SOP kepada musafir, penghantar makanan dan lain-lain untuk menunaikan solat.

“Ini berikutan aduan sering diterima berkenaan halangan jemaah tersebut bagi menunaikan solat,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI