fbpx

Geng Kecik Benut lumpuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang dirampas hasil tangkapan ke atas dua ahli Geng Kecik Benut dalam serbuan di Batu Pahat dan Pontian, petang semalam. - Foto IHSAN POLIS

KLUANG – Dua lelaki dipercayai ahli Geng Kecik Benut yang aktif melakukan kegiatan jenayah curi kenderaan dan dadah diberkas dalam serbuan berasingan di Batu Pahat serta Pontian dekat sini petang semalam.

Dalam serbuan bermula pada pukul 3.30 petang itu, kedua-dua suspek masing-masing berusia 26 dan 56 tahun merupakan warga tempatan.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Law Hang Seng berkata, kejayaan tangkapan itu adalah hasil risikan dan intipan sepasukan anggota Balai Polis Simpang Renggam.

“Pasukan serbuan melakukan pemeriksaan ke atas sebuah rumah di Taman Midori Simpang Renggam, Rengit Batu Pahat dan Jalan Parit Haji Adnan Parit Sikom Pontian.

“Hasil pemeriksaan terbabit polis dua buah kereta Proton Waja, sebuah lori jenis Isuzu dan sebuah Nissan Cerfiro yang dianggarkan berjumlah melebihi RM100,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hang Seng berkata, hasil semakan mendapat suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan curi kenderaan dan dadah.

Katanya, polis percaya dengan tertumpasnya geng itu dapat menyelesaikan empat kes kecurian kenderaan yang dilaporkan sebelum ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan (Curi Kenderaan) dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau kedua-duanya.

“Tangkapan direman empat hari sehingga 2 Januari depan bagi membantu siasatan bersabit kes kes curi di Kluang dan daerah lain,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI