fbpx

5 suspek bunuh penarik kereta didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kulai atas pertuduhan membunuh seorang penarik kereta di Kilometer 40.2 Lebuh Raya Utara-Selatan, 20 Disember lalu.

KULAI – Lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penarik dalam kejadian di Kilometer 40.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini pada 20 Disember lalu.

Tertuduh, Ng Cheng Ket, 31; Kong King Xiang, 23; P. Shanker Rao, 24; Choo Zhi Jie, 18 dan Ng Cheng Peng, 30, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Maleeha Syed Hussin.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan dalam perbicaraan yang dijalankan secara maya ekoran nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) yang tidak membenarkan kelima-lima suspek hadir ke mahkamah.

Arahan itu dibuat ekoran kesemua suspek kini dikenakan kuarantin di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kesemua suspek bersama-sama berniat untuk menyebabkan bencana tubuh yang cukup secara lazimnya untuk menyebabkan kematian terhadap seorang lelaki berusia 34 tahun.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 40.2 Lebuh Raya PLUS arah utara pada pukul 12.30 tengah malam, 20 Disember lalu.

Atas kesalahan itu, mereka semua didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Inspektor Mohammad Khairi Salleh yang menggantikan Timbalan Pendakwa Raya bagaimanapun memohon agar kes ditangguhkan bagi menunggu keputusan laporan kimia.

Sharifah Maleeha kemudian menetapkan tarikh 2 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI