fbpx

Mesyuarat khas rangka pengimportan daging 5 Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Satu mesyuarat khas akan diadakan 5 Januari ini bagi membincangkan pelan tindakan bersepadu pengimportan daging dan produk daging.

Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, Jakim bersama agensi dan jabatan lain akan turut sama pada mesyuarat itu.

Menurutnya, mesyuarat akan disertai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Fokus perbincangan antara lain adalah bagi menyelaras tindakan berdasarkan fungsi jabatan dan agensi masing-masing.

“Satu perbincangan meja bulat (RTD) juga akan diadakan bersama pengimport dan pengedar daging serta produk daging pada 11 Januari ini,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pada sesi RTD itu, pengimport dan pengedar daging akan diberi penjelasan mengenai keperluan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pengimportan dan pengedaran.

“Mereka(pengimport dan pengedar) akan digalakkan untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) melalui skim Logistik (Pergudangan).

“Kami juga akan mensyaratkan pemegang SPHM supaya mendapatkan bekalan daging dari pengimport atau pengedar yang telah dipersijilkan halal di bawah skim logistik (pergudangan).

“Pada RTD sama, mereka juga akan didedahkan dengan 84 badan pensijilan halal luar negara di 46 buah negara,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI