fbpx
Gambar Hiasan.

Beri fokus sektor penternakan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Kerajaan perlu memberi fokus kepada usaha memenuhi keperluan daging halal dengan memperkasakan sektor penternakan lembu bagi mengurangkan kebergantunan negara kepada sumber daging luar.

Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Asean (DPIA), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, permintaan daging halal di Malaysia adalah tinggi susulan 70 peratus rakyat beragama Islam.

”Disebabkan kelemahan dalam penawaran bahan bekalan itu maka ada pihak tidak bertanggungjawab cuba memanipulasi pengeluar kartel daging haram.

“Isu tersebut ada berkaitan soal permintaan dan kelemahan penawaran sehingga wujud kartel daging haram,” ujarnya di sini semalam.

Katanya, isu ini boleh diatasi sekiranya kerajaan membangunkan kembali dan memperkemaskan pengurusan Pusat Fidlot Nasional (NFC) sebagai pengeluar daging halal utama negara.

Jelasnya, NFC adalah antara model perniagaan yang terbaik jika ia berfungsi seperti mana perancangannya.

“Jika NFC berfungsi dengan baik ia mampu mengatasi permintaan di seluruh negara.

“Ia perlu menjadi hub daging halal bagi melawan dan menghapus kartel daging haram. Kalau ini berjalan dengan betul, lama-lama kartel haram ini mati,” tegasnya. -K! ONLINE

POPULAR