fbpx

Diperdaya scammer tiru suara anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh MOHD. SHAHRULANOOR ISHAK

ROMPIN – Semakin kerap berlaku kes penjenayah menipu dengan meniru suara ahli keluarga dan kenalan sehingga menyebabkan kerugian ribuan ringgit.

Dalam kes di sini semalam, seorang nelayan berusia 59 tahun kerugian RM13,000 akibat diperdaya individu menyamar anaknya yang menghubunginya melalui panggilan telefon.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa dihubungi ketika sedang bekerja menangkap ikan di laut.

“Pada pukul 11 pagi kelmarin, mangsa terima panggilan telefon daripada seseorang yang suaranya seperti anak sulungnya dan memberitahu telah menukar nombor telefon.

“Suspek meminta mangsa memasukkan wang RM5,000 dengan alasan untuk membeli barang perniagaan,” kata Mohd. Wazir melalui kenyataan hari ini.

Beliau menambah, sejurus panggilan itu, lelaki tersebut meminta bantuan rakannya untuk memindahkan wang ke dalam nombor akaun bank yang diberikan suspek.

Kata Mohd. Wazir lagi, suspek sekali lagi menghubungi mangsa berselang sejam kemudian dan meminta RM8,000 kerana wang diterima sebelumnya tidak mencukupi.

“Mangsa telah meminta bantuan majikannya yang berada di darat untuk memasukan wang RM8,000 ke dalam akaun yang sama,” tambah beliau.

Mohd. Wazir menyambung, mangsa menyedari ditipu ketika menghubungi anaknya apabila kembali ke darat semalam.

“Anaknya menafikan telah menghubungi mangsa untuk meminta wang. Mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kuala Rompin dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI