fbpx

PKPD flat Desa Bistari, Batu Uban ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di flat Desa Bistari, Batu Uban, Mukim 13, Timur Laut Pulau Pinang yang dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020 sebelum ini telah ditamatkan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah selesai melaksanakan saringan ke atas semua penduduk di lokaliti tersebut dan tiada lagi sampel menunggu keputusan.

“KKM turut mengesahkan baki kes positif Covid-19 dilokaliti ini terkawal dan menunjukkan trend penurunan.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD Flat Desa Bistari, Batu Uban, Mukim 13, Timur Laut, Pulau Pinang pada hari ini, 26 Disember 2020 lebih awal daripada yang dijadualkan,” jelasnya melalui satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI