fbpx

Jangan pijak kami – Beto Kusyairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BETO KUSYAIRY

PETALING JAYA – Pelakon Beto Kusyairy memohon kepada peminatnya terutama bagi penonton drama bersiri KL Gangster Underworld (KLGU & KLGU2) supaya menghargai karya tersebut dengan menontonnya menerusi platform atau saluran yang betul dan sah sahaja.

Pelakon berusia 40 tahun itu sangat terkesan apabila terdapat pautan tontonan drama bersiri tersebut disebarkan secara haram dalam media sosial.

“Saya tidak kisah jika penonton tidak melanggan dengan pakej VIP asalkan anda tidak menyokong lanun-lanun cetak rompak bangsat yang sebarkan link (pautan) KLGU & KLGU2 dalam Telegram, YouTube dan Facebook selain weTVmalaysia dan iflix.

“Itu sahaja yang saya serta rakan-rakan kru produksi yang lain minta sebab kami dan bertungkus-lumus dan berpenat lelah menghasilkannya,” ujar Beto.

DRAMA bersiri KL Gangster Underworld musim kedua sudah menemui penonton sejak 10 Disember lalu.

Ujarnya lagi, proses untuk menghasilkan sesebuah drama bukannya semudah ABC dan memerlukan proses olahan idea dan penulisan yang memakan masa berbulan-bulan.

“Seawal memerah idea kami menulisnya sehinggalah kepada proses editing dan menulisnya. Berbulan kami ambil masa untuk hasilkannya,” kata pelakon yang pernah membintangi filem Istanbul Aku Datang! itu.

Pada masa sama, Beto juga kesal kerana sebelum ini banyak juga penonton tempatan mengecam hasil karya tempatan.

“Usaha untuk meningkat hasil mutu sesuatu naskhah itu akan jadi sia-sia jika penonton tidak mengubah mentaliti pemikiran mereka,” jelasnya yang menyeru supaya rakyat di negara ini menyokong hasil karya penggiat seni tempatan.

Terdahulu, Beto pernah meluahkan rasa kesal selepas KLGU2 telah disebarkan secara haram menerusi media sosial Telegram yang menggunakan logo rasmi stesen radio Suria FM dan dikatakan terlibat dengan penyebaran drama bersiri tersebut.

Bagaimanapun, pengurus Kanan Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin telah menafikan penglibatan stesen radio tersebut dan mendakwa terdapat individu yang telah menggunakan logo rasmi Suria FM tanpa kebenaran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI